25 Jun 2009

PERANAN DAN FUNGSI, PROGRAM & KEJAYAAN PUSAT KOKURIKULUM 2009

FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KOKURIKULUM

Dalam merealisasikan Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui aspek Kokurikulum, kewujudan Pusat Kokurikulum Negeri di seluruh Negara dapat membantu proses melaksanakan program-program Kokurikulum secara berkesan.

Kewujudan Pusat Kkurikulum Negeri seterusnya dapat melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa kea rah kecemerlangan individu.

Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana Pendidikan Luar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pendidikan dan agensi-agensi luar yang dibenarkan.Selain itu, Pendidikan Luar di Pusat Kokurikulum Negeri di samping merentas kurikulum, aktiviti yang ditawarkan juga pelbagai dan menggunakan peralatan, kemudahan serta lokasi aktiviti yang rencam. Kurikulum Pusat Kokurikulum adalah berasaskan latihan dari segi Jasmani, Emosi, Intelek, Sosial, Rohani dan ketatanegaraan yang disepadukan dalam aktiviti yang disusun melalui Kurikulum Teras dan Kurikulum Pilihan.

Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan:
- Pendidikan Agama dan Moral
- Latihan Fizikal/ Kawad Kaki
- Pendidikan Ketatanegaraan
- Khidmat Masyarakat
- Pendidikan Alam Sekitar
- Motivasi

Aktiviti Darat
- Perkhemahan
- Pengembaraan
- Trekking
- Orienteering
- Pandu Arah
- Menjejak
- Merentas halangan
- Tali Temali
- Ikhtiar Hidup
- Jalan lasak
- Berbasikal
- Dan mendaki Tembok Tiruan

Aktiviti Air
- Keyakinan dan Keselamatan di air
- Kayak



PROGRAM TARIKH / TEMPAT PENCAPAIAN PERINGKAT CATATAN

1. Ekspedisi Pendidikan Luar Siri 1 Sekolah Menengah
08 hingga 12 Mac 2009( Negeri Sembilan )
Naib Johan Pertandingan Kebudayaan Kebangsaan
2. Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Rendah
29 Mac hingga 2 April( Melaka )
Johan Pertandingan Paintball Kebangsaan
3. Perkhemahan Alam Semulajadi Sekolah Rendah
23 hingga 27 Mac 2009( Johor )
Johan Pertandingan Kebudayaan Kebangsaan
4. Ekspedisi Pendidikan Luar Siri 2 Sekolah Menengah
5 hingga 9 Jun 2009( Sabah )
Ketiga Pertandingan Kebudayaan Kebangsaan

5. Perkhemahan Kenali Taman-Taman Putrajaya
11 hingga 13 Jun 2009( Putrajaya )
a. Peserta dalam kumpulan johan keseluruhan pertandingan berkumpulan
- En. Melvin Lajangang ( Jurulatih Pusat Kokurikulum Sabah )
b. Johan Keseluruhan 5 acara pertandingan berkumpulan Kebangsaan

Nota:
1. Pusat Kokurikulum Sabah menjadi pengelola Perkhemahan Taman Laut Zon Malaysia Timur
- Siri 1 - April 2009
- Siri 2 - Mei 2009

2. Pengelola Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Kokurikulum
3. Perkhemahan Pendidikan Sekolah Rendah

24 Jun 2009

Program One Malaysia @INDAHNYA BANDARAYAKU

PROGRAM Indahnya bandarayaku:
Takwim penerbangan :

6hb – 9hb Julai 2009
Ke Ipoh
- Kota marudu – 56 org pelajar + 5 Guru
- Kudat – 52 org pelajar + 5 guru

8hb- 11hb Julai 2009
Ke Melaka
- Nabawan – 36 org pelajar + 3 guru
- Penampang – 45 org pelajar + 4 guru
- Ranau – 27 org pelajar + 3 guru

20hb- 23hb Julai 2009
Ke kuala Lumpur
– Beluran – 108 pelajar + 10 guru

20hb -23hb Julai 2009
Ke Johor
– Semporna 9 org Pelajar + 1 Guru
- Telupid 29 org Pelajar + 3 guru
- Ranau 50 org pelajar + 4 guru
- Pitas – 20 org pelajar + 2 guru

20hb – 23hb Julai 2009
Ke Terangganu
– Kinabatangan – 66 pelajar + 6 guru
- Ranau 22 pelajar + 2 guru
- Nabawan 20 pelajar + 2 guru

3hb – 6hb ogos 2009
Ke Kuantan
– Nabawan 50 pelajar + 5 guru
- Kota Marudu -34 pelajar + 3 guru
- Pitas -24 pelajar + 2 guru

3hb – 6hb Ogos 2009
ke Melaka
– Kudat 108 pelajar + 10 guru

3hb – 6hb Ogos 2009
ke Kuala Lumpur
– Beluran 108 pelajar + 10 guru

17hb – 20hb Ogos 2009
ke Ipoh
–Pitas- 108 pelajar + 10 guru

17hb – 20hb Ogos 2009
Ke Putrajaya
– Kudat 108 pelajar + 10 guru

Nota:
1. Pengangkutan /makan minum peserta hendaklah diurus oleh PPD mengikut prosedur kewangan terkini.Segala Perlantikan pembekal di sahkan oleh PPD dan memaklumkan kepada Ku Pusat Ko.
2. Keutamaan kepada pelajar di P3 Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) atau tingkatan 1/2 .
3. Pelajar yang miskin di utamakan.
4. Segala kemusykilan hendaklah berhubung dengan ketua unit pusat kokurikulum 088 783117/0168170999.

Cerita tahun ini..

Blog ini baru dizahirkan beberapa ketika yang lalu.. sedangkan Kem Malangang telah menjadi tuan rumah kepada beribu perkhemahan yang amat sukses, gemilang dan gembira. :)
Untuk memutar kembali jarum jam masa untuk menulis tentang setiap perkhemahan yang pernah dianjurkan kiranya payah. Oleh itu, biarlah dinomborkan sahaja acara-acara yang lepas itu.

Program Anjuran Sekolah

1. Kem Waja Diri (SMK Pekan II Kota Belud)
2. Kem Perdana Unit Beruniform SM(P) Likas
3. Sukan Tahunan SK Malangang, Kiulu
4. Road To Success Camp (SM Agama Inanam)
5. Kem Kepimpinan Pengawas (SM Chung Hwa, Tenom)
6. Summer Camp PRS (SMK Inanam, KK)
7. Kem Jatidiri (SM Shan Tao dan SMK Pulau Gaya)
8. Hari Keluarga (SK Malangang)
9. Perkhemahan Agung Unit Beruniform (SM Agama KK)
10. Kem Unicamp (SMK Tansau, Penampang)

Program Anjuran Agensi Luar

1. Kem PTPL
2. Bina Insan Guru Siri 1 (IP Gaya)
3. 4M Kiulu Challenge
4. Bina Insan Guru Siri II (IP Gaya)
5. Retrea Exco Majlis Belia Sabah
6. Kem Belia Sihat 10s KBS & MBS
7. Asiability (Chopper landing)
8. Bina Insan Guru Prasek (IP Kent)
9. Bina Insan Guru Siri III (IP Gaya)
10. Latihan Bencana Alam SEJATI UMS-JPAM
11. Pertandingan Kembara Duga (6RAd) Kem Lok Kawi
12. Kem Pendidikan Hutan UMS - JKM
13. Majllis Perasmian Kursus Masakan - JPSM

Program Anjuran Pusatko (murid/pelajar)

1. Ekspedisi Pendidikan Luar (SM)
2. Perkhemahan Pendidikan Luar (SR)
3. Kem Kepimpinan (SM)
4. Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi (SR)
5. Kem Bina Insan (SR)

Program Anjuran PusatKo (jurulatih)

1. Kursus Asas Jurulatih
2. Kursus Mekanik Basikal

Program Peringkat Kebangsaan

1. Perkhemahan Taman Laut SM (Siri I)
2. Perkhemahan Taman Laut SM (Siri II)
3. Ekspedisi Pendidikan Luar SM (Siri II)

Program Peringkat Negeri

1. Perkhemahan Badan Beruniform SR (perempuan)
2. Perkhemahan KRS & NGO (lelaki)
3. Perkhemahan KOR Kadet Polis

Program murid dan guru anjuran PPD

1. MSSS Zon Kiulu (PPD Tuaran)
2. Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam (PPD Tuaran)
3. Latihan Berpusat Persiapan Perkhemahan U/B ke Kebangsaan (PPD Tuaran)
4. Nadwah Kepimpinan Islam (NKPI) PPD Tuaran, Ppg, KK
5. Kem Kecemerlangan UPSR (PPD tuaran) -- hujung bulan ini.

23 Jun 2009

Karnival XPDC SM Peringkat Negeri

22hb - 25hb merupakan tarikh berlangsungnya karnival ini.

01 Jun 2009

Perkhemahan Ekspedisi Sekolah Menengah Siri 2 Peringkat Kebangsaan

Pada bulan Mac (18hb-21hb) yang lalu, Pusako Hassan Basir, Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah untuk perkhemahan Ekspedisi SM Siri 1. Kini, tiba pula giliran Kem Malangang, PusatKo Sabah untuk menganjurkan Perkhemahan Ekspedisi Siri 2.


Beberapa aktiviti mencabar, sesuai dengan tema ekspedisi Siri 2 telah dijalankan pada perkhemahan ini (4hb-10hb Jun).