23 Julai 2009

Gala Karnival Perkhemahan Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada 8 orang pelajar seluruh Sabah yang terpilih mewakili Sabah untuk menyertai perkhemahan ini. Rombongan yang berlepas hari ini pasti dalam keadaan berdebar-debar. Banyak aktiviti menarik yang pastinya mencabar akan menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Paintball? Kayak? Teroka gua? Wah..seronoknya.
Tidak dilupakan jurulatih-jurulatih pengiring untuk perkhemahan ini, Tn Hussin Kasim dan Pn. Melissa Jemoline. Semoga beroleh pengalaman baru juga. Kem Tasoh, Perlis menanti anda! Semoga berjaya.

20 Julai 2009

Kem 1M Siri Empat

Rombongan Kem 1Malaysia Siri Empat bakal berlepas hari ini ke Kuala Lumpur. Berikut senarai sekolah yang terlibat;
1. SK Jambongan (16)
2. SK Lubang Buaya (12)
3. SK Simpangan (12)
4. SK Lingkabau(11)
5. SK Terusan Sugut (10)
6. SK Pantai Boring (10)
7. SK LImau Limau (7)
8. SK Abuan Beluran (8)
9. SK Manopod (12)
10. SK Malalin (10)

Seramai 10 orang guru pengiring turut bersama dalam perjalanan ini. Jurulatih Pusat KoKurikulum, Tn. Amin Galabi dan Tn. Abdul Ghafar Omar (Ketua Kontinjen) akan meneraju rombongan kali ini.


19 Julai 2009

Kem 1M Siri ketiga

Kumpulan ketiga akan berlepas hari ini ke Johor Bahru. Ditemani guru-guru pengiring selaku ibu dan ayah angkat sepanjang perjalanan nanti. Semoga beroleh pengalaman baru!
Sekolah-sekolah terlibat;
1. SK Pulau Denawan, Semporna
2. SK Pinapak, Pitas
3. SK Kawiyan, Ranau
4. SK Inarad
5. SK Mapan-Mapan
6. SK Malubang
7. SK Nibang

Tn. Mohamad Ayob (Ketua Kontinjen) dan Tn. Oliver Joel
Tn Mohamad Ayob sedang membacakan doa
Siapa yang belum pernah ke Kota Kinabalu?
Guru- guru pengiring sedang memperkenalkan diri pada murid-murid
Guru-guru pengiring bersama-sama anak-anak buah

11 Julai 2009

Karnival Pendidikan Luar SM kebangsaan

Tahniah kepada 8 orang pelajar yang terpilih untuk mewakili Sabah ke Karnival Perkhemahan Pendidikan Luar SM ke Kedah. Persediaan yang dibuat dari segi latihan kebudayaan diharap akan dapat memantapkan lagi kontinjen Sabah. Tentu sekali para jurulatih pengiring, Pn Dyah Shintawati Sunjoto dan Tn Alfred Udon, akan turut teruja dalam mengiringi wakil-wakil pelajar ini.

08 Julai 2009

Kem 1M Siri Kedua

Rombongan kedua berlepas ke Melaka hari ini. Jurulatih-jurulatih pengiring pusatko, Pn Jafora kinsung dan En. Zainuddin Butoi bakal 'memandu' para murid dan guru pengiring pabila tiba ke Bandaraya Bersejarah, Melaka. Good Luck untuk rombongan kedua ini!

06 Julai 2009

One Malaysia - Rombongan Pertama

Tahniah kepada murid-murid Sk. Sabur (Pulau Banggi) dan Sk. Sunsugon Magandai (Kota Marudu) yang telah terpilih untuk mengikuti rombongan ke Ipoh untuk program perkhemahan One Malaysia ini. Mereka akan berlepas hari ini 6hb Julai dengan ditemani guru-guru pengiring beserta dua jurulatih pusatko. Semoga mereka pergi dan kembali dengan selamat.

Ketibaan IR Jamigul, diiringi oleh Dato Roslin

Makel @Michael, murid Sk. Sabur

Pn.Mona, membantu dalam mengagih makanan

Murid-murid SK.Sabur menjamu selera

Murid-murid SK.Sunsugon Magandai


Jurulatih pengiring : Tn Charlie Evon (Ketua Kontinjen), Tn Said Ambar

Perkhemahan Perdana Rakan Muda Unit-Unit Beruniform SMK Tmn Tun Fuad

Semasa Kem Malangang sibuk mengendalikan Perkhemahan Jati Diri, SMK Tmn Tun Fuad, Kota Kinabalu turut mengundang beberapa Jurulatih Pusatko untuk mengendalikan dua aktiviti luar sempena perkhemahan unit beruniform mereka. Dua aktiviti itu adalah pandu arah dan kerubung terbang. Para pelajar berpeluang menyertai aktiviti ini dan rata-rata menyatakan betapa seronok dan terujanya mereka dapat mengikuti dua aktiviti ini. Terima kasih pada jurulatih-jurulatih yang hadir meminjamkan tenaga mereka
Tn Mohd Ayob sedang memberi penerangan kepada sekumpulan pelajar tentang penggunaan peralatan Kerubung Terbang
.

03 Julai 2009

Kem Jati Diri SM

Hari ini bermulanya Kem Jati Diri Peringkat Negeri. Ia akan berakhir pada 7hb(selasa) nanti. Semoga para pelajar yang menyertai perkhemahan ini dapat mengakhiri perkhemahan dengan jayanya.







01 Julai 2009

Aktiviti Bulan Ini

Hari pertama bulan Julai. Banyak aktiviti tertera dalam kalendar bulan ini. Selamat bertugas kepada jurulatih yang akan turun bertugas nanti. Kami sentiasa menantikan kehadiran anda.