25 Disember 2009

11 Disember 2009

Kem Bina Diri, 1 Malaysia, 1 BSN, 1 Komuniti

Seramai 40 staf BSN dari seluruh Sabah telah mengharungi Kem Bina Diri yang telah diadakan di Kem Malangang, Kiulu dari 11-13 Disember. Bertujuan untuk menyematkan semangat waja diri yang kuat di kalangan staf dari pelbagai cawangan BSN seluruh Sabah. Aktiviti-aktiviti seperti Flying Fox, Pandu Arah, Rentas Halangan, Malam Burung Pungguk, Treasure Hunt dan Malam Kebudayaan telah menguji semangat kerjasama dan waja diri dalam peserta-peserta kem ini.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta kem kerana telah berjaya melalui segala cabaran yang diberikan. Pasti pengalaman dan kenangan selama berada di Kem ini akan sentiasa berada di hati sanubari para peserta.
Terima kasih juga diucapkan kepada para jurulatih yang telah datang untuk menyumbang tenaga dan bertugas untuk kem ini.

Sedang mendengar Taklimat sebelum aktiviti Flying Fox
Sedang mendengar arahan untuk cabaran "Monkey Bridge'
riadah petang..bermain 'Dodgeball'..

En. Ambrews memberi ucapan ringkas bagi Pusatko Sabah semasa malam kebudayaan..

"Go for the Impossible!"

Kursus Rakit Arus Deras Level 1 dan 2

Kursus Rakit Arus Deras Level 1 dan 2 ini sedang berlangsung sekarang di Kem Malangang, Kiulu. Dengan kerjasama Riverbug, di bawah naungan Traversetourse, PusatKo Sabah berharap kursus ini dapat menghasilkan lagi jurulatih-jurulatih yang akan dapat mengendali raft untuk aktiviti arus deras akan datang. Selamat berkursus pada jurulatih-jurulatih yang terpilih.

03 Disember 2009

Kursus Teknikal dan Marshall Paintball Level 1

Baru-baru ini, Pusatko Sabah dengan kerjasama Splatzones Paintball telah menganjurkan kursus Teknikal dan Marshall Paintball Level 1 bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Peserta seramai 34 orang yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih Pusatko sendiri telah didedahkan kepada aspek-aspek teknikal dan marshalling untuk sukan paintball ini.
Sukan paintball ini adalah antara sukan yang semakin hari semakin diminati ramai dan jurulatih-jurulatih Pusatko Sabah merasa bangga mendapat latihan/coaching dari Cik Gabrielle Sheila, head ref atau Ketua Hakim untuk Persatuan Paintball Sabah. Bukan calang-calang orangnya. Setelah beberapa lama berkecimpung dalam sukan Paintball ini, beliau telah mula menjadi marshall sejak 4 tahun lalu. Selain dari itu, beliau telah baru-baru ini menjadi salah seorang ref juga untuk Paintball - World Cup Asia di Bukit Jalil.
Di bawah bimbingan Cik Gabrielle Sheila, peserta-peserta didedahkan kepada undang-undang paintball, cara-cara menghakimi sesuatu pertandingan paintball dan lain-lain lagi. Turut ditekankan juga adalah aspek keselamatan dalam sukan ini.

Ms.Gabrielle Sheila...tegas..
Peserta-peserta juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi dengan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan paintball seperti marker, pellet, bunker dan sebagainya. Selain dari itu,di bawah kendalian En. Ronnie, para peserta juga terlibat dalam 'field set up'. Seperti biasa, semangat kerjasama di antara peserta dan penganjur memudahkan lagi perjalanan 'field set up' itu.

Para peserta sedang mendengar dengan tekun.

En. Ronnie Andrew.. cara menyusun bunker di dalam 'field'.
En. Ronnie Andrew...technical marker

Field set-up

bunkers.. cans, snake, doritos

Latihan membuka dan memasang marker

anatomi marker

Ujian teori

Sesi praktikal paintball yang diadakan turut menguatkan lagi kefahaman peserta-peserta terhadap sukan yang menarik ini. Antara slogan yang biasa didengar untuk sukan ini ialah 'No Pain(t), No gain'.

Safety briefing sebelum masuk gelanggang..

Get ready for the 10second warning!!!!

Bukan power-rangers ya..

Para peserta telah mendapat banyak panduan dan tunjukajar dari Cik Gabrielle Sheila dan pasukannya. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan. Semoga peserta-peserta kursus akan sentiasa cuba untuk meningkatkan diri dalam sukan ini.