29 Mac 2010
28 Mac 2010
Lawatan Rombongan Bandar Singa / Rombongan JU Tekali
Kem Malangang menerima kunjungan dari 2 pihak hari ini. Yang pertamanya adalah rombongan 16 orang pelawat dari Singapura. Diketuai oleh En. Goh Ek Piang, Timbalan Pengarah Sektor Kokurikulum Singapura, dan diiringi oleh En. Tay Kim Seng, Timbalan Pengarah Cawangan Pendidikan Luar Singapura serta guru-guru sekolah. Mereka dalam rangka lawatan mengenali Sabah dan PusatKo Sabah adalah salah satu destinasi lawatan yang telah dirancang. Para pelawat disambut oleh KU Pusatko sendiri dan para P.Pengarah serta beberapa jurulatih yang berada di Kem Malangang. Para pengunjung ini turut diberi sedikit taklimat tentang PusatKo dan sesi soal-jawab yang berlangsung menunjukkan reaksi amat memberansangkan dari pihak pengunjung. Setelah menikmati juadah ringan, mereka membuat lawatan ke kawasan tapak Kem untuk melihat lebih dekat prasarana yang terdapat di Kem ini.


Rombongan kedua yang tiba adalah rombongan jurulatih dari Selangor. Nampaknya mereka ini berhasrat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada hari Selasa depan. Ucapan good luck ditujukan pada semua jurulatih yang datang!


Rombongan kedua yang tiba adalah rombongan jurulatih dari Selangor. Nampaknya mereka ini berhasrat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada hari Selasa depan. Ucapan good luck ditujukan pada semua jurulatih yang datang!
Ujian Kecergasan Fasa III Zon Timur
Tahniah diucapkan kepada jurulatih-jurulatih Zon Pantai Timur yang telah hadir untuk Ujian Kecergasan Fasa III ini. Anda semua hebat-hebat belaka dan semangat yang telah anda semua tunjukkan patut dipupuk!
19 Mac 2010
Ujian Kecergasan Fasa II
09 Mac 2010
Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Rendah Peringkat Negeri
04 Mac 2010
Perkhemahan Kepimpinan SR Peringkat Negeri
Tahniah kepada murid-murid yang telah terpilih untuk mengikuti perkhemahan ini. Moga-moga anda semua telah beroleh pengalaman semasa perkhemahan. Terima kasih tidak terhingga pada semua jurulatih yang sudi meluangkan masa untuk datang bertugas.
Tn Murkam..Kem Komandan
Peserta Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Rendah 2010


Langgan:
Catatan (Atom)