23 Mac 2009

PERKHEMAHAN TAMAN LAUT SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN ZON MALAYSIA TIMUR 2009

Program Perkhemanan Taman Laut buat pertama kalinya telah diadakan di Zon Malaysia Timur pada tahun 2008. Program ini telah dijalankan dalam dua siri dan disertai oleh seramai 60 orang peserta dalam setiap siri. Kedua-dua siri program tersebut telah diadakan di Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Manukan Kota Kinabalu, Sabah. Pada Tahun ini pihak pengelola masih mengekalkan Taman Tunku Abd. Rahman. Ini adalah kerana lokasi untuk mengadakan program Taman Laut. Ini adalah kerana lokasinya yang dianggap selamat dan mempunyai kemudahan prasarana yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti.


Perkhemahan Taman Laut merupakan satu program yang dapat Meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman tentang alam persekitaran marin di kalangan murid-murid sekolah. Kurikulum di sekolah sebilangan besarnya hanya merangkumi aktiviti pembelajaran yang dilakukan didalam bilik darjah. Murid-murid jarang berpeluang belajar di luar bilik darjah dan berkecimpung dengan alam sekitar (marin) sedangkan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna sekiranya murid mendapat pengalaman menerusi penglibatan dirinya secara langsung. Di samping itu aktiviti begini juga dapat menarik minat dan mengukuhkan usaha murid-murid untuk memperolehi maklumat melalui penemuan. pengalaman begini memberikan perasaan seronok dan kepuasan serta yang akan tersemat dalam ingatannya. sesungguhnya, melalui pembelajaran di luar bilik darjah, khususnya berkaitan dengan persekitaran dan alam semulajadi, murid-murid akan sedar tentang keadaan sebenar dan masalahnya. hal ini akan menambahkan kepekaan dan memupuk perasaannya untuk mencintai alam sekitar.


Program Taman Laut ini dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan insan yang bukan sahaja mencintai dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi juga mampu menjadikan alam sekitar khususnya pendidikan marin ini suatu sumber ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni kemanusiaan yang akan menjadikan mereka warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Objektif:
1. Menerapkan sikap dan nilai-nilai yang positif serta komitmen yang berpanjangan
dalam usahan pemuliharaan dan perlindungan alam persekitaran marin.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman kerja lapangan yang
seronok serta memberangsangkan.
3. Mempunyai semangat bekerjasama dan keakraban melalui aktiviti secara berkumpulan
yang memupuk semangat perpaduan dan integrasi di kalangan peserta berbilang kaum.
4. Menginsafi bahawa laut adalah salah satu daripada khazanah alam semulajadi yang
perlu dijaga demi kesejahteraan manusia sejagat.
5. Memupuk semangat perpaduan, integrasi dan semangat patriotik di kalangan murid
serta memberi sumbangan ke arah membangun modal insan.


Cadangan tarikh:
Siri Pertama : 04 - 08 April 2009
Siri Kedua : 06 - 10 Mei 2009

Tempat : Taman Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah (Pulau Manukan)

Tempoh : 4 Hari 3 Malam.



Kumpulan Sasaran:
1. Murid-murid sekolah menengah yang berumur 16 tahun ke atas.
2. kriteria pemilihan peserta:
- tidak fobia dengan aktiviti air
- sihat tubuh badan dan mempunyai kemahiran asas renang atau boleh
mengapungkan diri di air.
- mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.
- mempunyai insuran takaful.
3. Setiap negeri yang terlibat dikehendaki menghantar 10 orang peserta lelaki,
10 orang peserta perempuan dan 3 orang Jurulatih Pusat Kokurikulum yang telah
mengikuti kursus T.O.T. Taman Laut.
4. Jumlah penyertaan keseluruhan adalah seperti berikut:
- Siri Pertama : 100 orang
- Siri Kedua : 100 orang



Pengisian Program:

1. Pendidikan Kerohanian dan Moral
2. Pendidikan Ketatanegaraan dan Malaysia Cergas
3. Pecah Bendungan dan Bina Kumpulan
4. Ceramah Kerjaya
5. Keyakinan dan Keselamatan di Air.
6. Asas snoorkeling
7. Kolam Sentuh dan Permainan Alam
8. Pandu Arah
9. Lawatan ke Pusat Informasi Marin dan Tayangan Video
10. Persembahan Kebudayaan
11. Eksplorasi Bakau
12. Khidmat Masyarakat - Debris
13. Aktiviti Pertandingan:
- Pandu Arah
- Kuiz Marin
- Debris
- Membina Istana Pasir
- melukis / kolaj


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kem Malangang, Tamparuli, Sabah di talian 088-783115 atau 088-783117.

19 Mac 2009

Kemudahan Yang Disediakan

  • Tapak Perkhemahan.
  • Bekalan Elektrik.
  • Bekalan Air.
  • Khemah (Dome dan 'A' shape)
  • Bilik Mandi.
  • Tandas.
  • Surau.
  • Dewan (Termasuk Meja dan kerusi)
  • Dapur.
  • PA Sistem.
  • Kayak.
  • Dan Pelbagai peralatan dan prasarana lagi.

Aktiviti Air

  • Keyakinan dan Keselamatan di air
  • kayak.
  • Rafting.
  • Snokelling.

Aktiviti Darat

  • Perkhemahan.
  • Pengembaraan
  • Trekking
  • Orienteering
  • Pandu Arah.
  • Menjejak.
  • Merentas Halangan.
  • Tali-temali.
  • Ikhtiar Hidup.
  • Jalan Lasak.
  • Berbasikal
  • Mendaki tembok tiruan

Aktiviti Yang Ditawarkan.

  • Pendidikan Agama/moral
  • Latihan Fizikal/kawad kaki
  • Pendidikan Ketatanegaraan.
  • Langkah-langkah keselamatan.
  • Khidmat Masyarakat.
  • Pendidikan Alam Sekitar.
  • Motivasi.

Konsep Latihan

Latihan adalah berbentuk PAKEJ LATIHAN DI LUAR BILIK DARJAH yang mengutamakan proses pendidikan secara amali dalam suasana sebenar. Latihan dirancang bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan berlandaskan kurikulum

Matlamat Penubuhan

Untuk mengembangkan potensi murid-murid secara optimum, seimbang, menyeluruh dan bersepadu ke arah mencorakkan masyarakat yang berkeupayaan untuk memberi sumbangan yang konstruktif kepada perkembangan budaya ilmu, kemakmuran masyarakat dan pembangunan agama, bangsa serta negara.

Pusat Kokurikulum Negeri Sabah

Pusat Kokurikulum Negeri Sabah lebih sinonim dengan nama Kem Malangang Kiulu Tuaran sabah.
Melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa ke arah kecemerlangan individu.