28 September 2012

Program Kayuhan Merdeka Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 2012

Program istimewa yang julung-julung kali diadakan, Program Kayuhan Merdeka 2012, telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 dan 16 September. Disertai oleh para jurulatih pusatkokurikulum negeri Sabah.






09 Jun 2012

Kursus T.O.T Pengurusan Tali Aras Rendah untuk Jurulatih PusatKo 2012

Jeng jeng jeng... sesuatu yang baru menanti anda bila anda berkunjung ke Kem Malangang nanti..































Kursus yang bermula pada 6hb lalu dan berakhir hari ini 9hb Jun disertai oleh 36 orang jurulatih. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada pihak pentadbir atas buah fikiran serta perancangan dan jurulatih sekalian atas penat lelah kalian mendirikan semua 'permainan tali' ini. :)

13 Mei 2012

Program Perkhemahan Taman Laut Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur 2012

Perkhemahan yang disertai oleh 68 orang pelajar dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ini diadakan di Pulau Manukan, seperti tahun-tahun sebelumnya. Perkhemahan telah diadakan dari 7hb-11hb Mei yang lepas. Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa aktiviti yang telah diadakah.


































Diharap para peserta akan membawa pengetahuan yang telah didapati semasa Program Taman Laut ini dan menggunakannya sebaik mungkin untuk kebaikan bersama. Tahniah dan terima kasih turut diucapkan kepada para pegawai dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini.

14 Mac 2012

Kursus Peningkatan Jurulatih

Sepintas lalu Kursus Peningkatan Kejurulatihan Pendidikan Luar PusatKo 2012 (9hb-12hb Mac)..























20 Februari 2012

Ujian Kecergasan dan Watikah Perlantikan Jurulatih PusatKo 2012

Ujian Kecergasan yang lazimnya diadakan setiap dua tahun ini telah diadakan pada 17hb-19hb Februari bertempat di Stadium Likas dan Pusat Akuatik Likas. Tahun ini, ujian kecergasan ini telah diadakan secara berpusat di mana jurulatih-jurulatih dari seluruh Sabah telah dihimpunkan bersama.

Ujian Kecergasan meliputi beberapa acara seperti bangkit tubi, tekan tubi, angkat beban dan larian 2.4km. Manakala untuk acara renang, renang sejauh 200m..(sahaja..) Cuaca pada hari itu sangat baik..mendung berangin.. dan amat membantu para jurulatih memberi penumpuan yang terbaik dalam 'mengharungi' semua acara ujian trek. Suasana meriah di kalangan para jurulatih jelas kelihatan dan kedengaran semasa ujian, menunjukkan semangat kekeluargaan di antara semua jurulatih, tidak kira senior atau junior.

Ujian renang turut menyaksikan pelbagai telatah jurulatih. Para jurulatih yang kurang mahir berenang diberikan keistimewaan untuk memulakan sesi renangan sambil dikawal-selia oleh mereka-mereka yang mahir. Jangan bilang tidak boleh..selagi belum cuba.. Hmm... bagi para jurulatih yang belum berkemahiran berenang, bolehlah perbaiki kelemahan dari sekarang, untuk kebaikan bersama ya...

Pada malamnya, majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Jurulatih untuk sesi 2012 telah berlangsung di Kem Malangang, Kiulu. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, En. Muhiddin Yussin telah sudi hadir untuk menyempurnakan majlis ini.

Bagi jurulatih-jurulatih yang telah mengikuti Ujian Kecergasan dan menerima watikah perlantikan ini, tahniah dan syabas diucapkan. Sumbangan dan komitmen anda selama ini amatlah dihargai. Teruskanlah tugasan murni anda..kerana..kalau bukan kita, siapa lagi?

03 Februari 2012

Ujian Kecergasan Jurulatih Pusatko Sabah 2012

Kira-kira dua minggu sahaja lagi, Ujian Kecergasan untuk para jurulatih Pusatko Sabah 2012 akan diadakan. Ujian yang dijalankan dua tahun sekali ini akan diadakan berpusat kali ini bertempat di Kota Kinabalu. Surat-surat panggilan sudah mula diedarkan sejak bulan lepas lagi.. So, apa lagi... untuk para jurulatih, junior dan senior, tingkatkan latihan anda.. Jumpa di Kota Kinabalu!

03 Januari 2012

2011 telah melabuhkan tirai..
menghentikan seketika episod-episod suka-duka..
2012 kini tampil..
memberi peluang dan harapan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai..
Kerna...
masa tiada hentinya perjalanan..
tak menunggu, tak memaafkan..
Selagi hayat dikandung badan..
Gagahi langkah mu..
Kerana esok sentiasa ada.