26 September 2011

CABARAN TUAH 2011

Tahniah dan GOOD LUCK kepada semua jurulatih yang mewakili PusatKo Sabah ke Cabaran Tuah atau Cabaran Melaka tahun ini. Semoga gandingan baru jurulatih senior dan junior akan membawa tuah tahun ini. Siapakah mereka semua ini?






Gambar-gambar di atas diambil (skodeng :) ) dari album FB Tn. Nursani ...pinjam ye...

Kem Patriotisme 1Malaysia dan Sambutan Merdeka Raya

Kem ini telah diadakan pada 14 - 17 September yang lalu. Kem Komandan, Tn. Freddie A.Jacob (tahniah yee...) beserta crew jurulatih gabungan lama dan baru, bersatupadu untuk mengurus dan menzahirkan satu turutan aktiviti yang bolehla dibanggakan...

Di samping aktiviti wajib Pusatko, para peserta dan jurulatih turut bersama warga bandaraya Kota Kinabalu di lokasi perarakan Sambutan Kemerdekaan di perkarangan Plaza Wawasan peringkat Negeri.

Dan satu lagi yang menarik semasa Kem Patriotisme 1Malaysia ini ialah Majlis Sambutan Hari Raya Kem Malangang. Timbalan Pengarah JPNS, Pn. Maimunah telah sudi hadir memeriahkan lagi suasana. Malam majlis telah diserikan lagi dengan persembahan-persembahan dari kalangan para peserta. Gimik perasmian, yang telah dilancarkan oleh Pn. Maimunah, berupa penurunan bendera 'gergasi' gabungan beberapa bendera Malaysia dan bendera Sabah yang telah dijahit tangan oleh peserta-peserta perempuan sepanjang perkhemahan. Hebat!
Gimik perasmian - penurunan bendera gergasi

Acara pemotongan "Kek Kemerdekaan"

Group Photo (Para peserta dan jurulatih sekalian)

Para jurulatih

Persembahan Nyanyian Lagu dari Peserta-peserta

Tahniah pada semua yang telah menjayakan perkhemahan ini.
Gambar - hasil tangan Tn Pius Gilau (PP Kem Mempikit)