27 Disember 2011

Kursus Menyelamat Dalam Air (Bronze Medal dan Bronze Cross Medal)

Kursus yang pada awalnya dijadualkan diadakan di lokasi laut diubah ke Pusat Akuatik Renang, Kompleks Likas, Kota Kinabalu, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Moto 'Safety First' semestinya diambil kira, ya?
Dari 19hb-23hb Disember, dua kelompok peserta kursus ini telah didedahkan kepada pelbagai pengetahuan terkini dan teknik-teknik menyelamat mangsa dalam air dalam keadaan selamat, secara teori dan juga latihan.

Sesi latihan turut diadakan dan dipantau oleh jurulatih-jurulatih bertauliah yang berpengalaman luas dalam bidang, En. Johari Segari(jurulatih Bronze Cross Medal) beserta dengan rakan sejawatnya En. Sainin (jurulatih untuk peserta Bronze Medal). Ujian ketahanan fizikal/ stamina turut diadakan.


Keadaan Kolam Pusat Akuatik.. Kolam terjun dan Kolam Bersaiz Standard Pertandingan



Ujian Renang (Bronze Cross Medal : 600m bawah 18 minit)


Chin Tow


Hands on Chin Tow


Towing with Buoy / Menunda dengan pelampung


Towing with Buoy/ Menunda dengan pelampung


Santai dugong...


Santai duyung..


Tahniah kepada semua peserta atas kejayaan melepasi halangan dan ujian yang diberikan. Tahniah juga kepada PKKS kerana berjaya menganjurkan satu lagi kursus yang pasti memberi manfaat kepada pengendalian aktiviti air di PKKS. Syabas!

Gambar disunting dari album FB, Tn. Ronisafihin Ibrahim dan Tn. Jaenry Shen. Terima kasih ya...

10 Disember 2011

Kursus-kursus yang telah dijalankan

Kursus 'T.O.T' Wall Climbing, Orienteering, dan Low Element.
27hb Oktober - 1hb November 2011


Para peserta kursus


Kursus Ikhtiar Hidup untuk jurulatih Pusatko Peringkat Negeri
5hb-8hb Disember 2011



Taklimat oleh En.Hanry Daud (Long Pa'Kau Survival Camp Coordinator)


Ahli Kumpulan Serai


Senyum sokmo...sebelum memulakan perjalanan..


Kumpulan Pacat dan Kumpulan Pelian..


Nature Guide sedang menerangkan tentang ubat tradisional..


Bilangnya : Ini penawar penyakit resdung...


Antara anak-anak jambatan yang dilalui..


Laluan golf..


Jalan punya jalan...sampailah ke pekan Kiulu..


Tiup...jangan kurang tiup...


Pakar pasang api tuan ni..


En. Hanry : Cara untuk mengasah parang..


Tn. Alvin...tak susah juga nak potong kayu ni..kalau teknik betul..


Penyediaan ranting/ kayu/ rabuk untuk bahan bakar..


'Memecah' kayu tanpa belahan parang yang banyak


Hidangan malam dari Kumpulan Hijou!


Membuat 'sulap' / tempat berteduh


Boleh la... sebagai latihan..


Sebahagian peserta yang sedang mendengar penerangan dari En. Hanry


Memasang jerat


Siap!

Gambar disunting dari album FB Tn Natalie dan Tn Mona (Terima kasih ya..)

26 September 2011

CABARAN TUAH 2011

Tahniah dan GOOD LUCK kepada semua jurulatih yang mewakili PusatKo Sabah ke Cabaran Tuah atau Cabaran Melaka tahun ini. Semoga gandingan baru jurulatih senior dan junior akan membawa tuah tahun ini. Siapakah mereka semua ini?






Gambar-gambar di atas diambil (skodeng :) ) dari album FB Tn. Nursani ...pinjam ye...

Kem Patriotisme 1Malaysia dan Sambutan Merdeka Raya

Kem ini telah diadakan pada 14 - 17 September yang lalu. Kem Komandan, Tn. Freddie A.Jacob (tahniah yee...) beserta crew jurulatih gabungan lama dan baru, bersatupadu untuk mengurus dan menzahirkan satu turutan aktiviti yang bolehla dibanggakan...

Di samping aktiviti wajib Pusatko, para peserta dan jurulatih turut bersama warga bandaraya Kota Kinabalu di lokasi perarakan Sambutan Kemerdekaan di perkarangan Plaza Wawasan peringkat Negeri.

Dan satu lagi yang menarik semasa Kem Patriotisme 1Malaysia ini ialah Majlis Sambutan Hari Raya Kem Malangang. Timbalan Pengarah JPNS, Pn. Maimunah telah sudi hadir memeriahkan lagi suasana. Malam majlis telah diserikan lagi dengan persembahan-persembahan dari kalangan para peserta. Gimik perasmian, yang telah dilancarkan oleh Pn. Maimunah, berupa penurunan bendera 'gergasi' gabungan beberapa bendera Malaysia dan bendera Sabah yang telah dijahit tangan oleh peserta-peserta perempuan sepanjang perkhemahan. Hebat!
Gimik perasmian - penurunan bendera gergasi

Acara pemotongan "Kek Kemerdekaan"

Group Photo (Para peserta dan jurulatih sekalian)

Para jurulatih

Persembahan Nyanyian Lagu dari Peserta-peserta

Tahniah pada semua yang telah menjayakan perkhemahan ini.
Gambar - hasil tangan Tn Pius Gilau (PP Kem Mempikit)

25 Ogos 2011

Kem Ihya Ramadan 2011

Perkhemahan Ihya Ramadan yang merupakan aktiviti wajib setiap tahun dalam kalendar Pusatko, Kem Malangang, telah diadakan pada 16 hingga 19 Ogos tahun ini.
Seperti tahun lepas, majlis berbuka puasa bersama Pengarah JPNS turut diadakan. Tahun ini, pengarah JPNS kita sekali lagi telah sudi hadir memeriahkan lagi majlis berbuka puasa.

30 Julai 2011

Kursus Peningkatan Kemahiran Pendidikan Luar untuk Jurulatih PusatKo 2011

Kursus telah diadakan dari 26 hingga 29 Julai 2011 bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Antara pengisian program ialah slot Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki dan Protokol, Keyakinan & Keselamatan dalam Air, Rakit Arus Deras, Pandu Arah & Orienteering, Ikhtiar Hidup/ Makanan Rimba, High Element dan Kembara Malam.
Seramai lebih 60 jurulatih dari seluruh Sabah telah terlibat dengan kursus ini. Diharap pengetahuan dan perkongsian ilmu yang dibuat akan dapat membantu dan memantapkan lagi pengurusan aktiviti di PusatKo Daerah masing-masing.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan fasilitator!