27 Disember 2011

Kursus Menyelamat Dalam Air (Bronze Medal dan Bronze Cross Medal)

Kursus yang pada awalnya dijadualkan diadakan di lokasi laut diubah ke Pusat Akuatik Renang, Kompleks Likas, Kota Kinabalu, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Moto 'Safety First' semestinya diambil kira, ya?
Dari 19hb-23hb Disember, dua kelompok peserta kursus ini telah didedahkan kepada pelbagai pengetahuan terkini dan teknik-teknik menyelamat mangsa dalam air dalam keadaan selamat, secara teori dan juga latihan.

Sesi latihan turut diadakan dan dipantau oleh jurulatih-jurulatih bertauliah yang berpengalaman luas dalam bidang, En. Johari Segari(jurulatih Bronze Cross Medal) beserta dengan rakan sejawatnya En. Sainin (jurulatih untuk peserta Bronze Medal). Ujian ketahanan fizikal/ stamina turut diadakan.


Keadaan Kolam Pusat Akuatik.. Kolam terjun dan Kolam Bersaiz Standard Pertandingan



Ujian Renang (Bronze Cross Medal : 600m bawah 18 minit)


Chin Tow


Hands on Chin Tow


Towing with Buoy / Menunda dengan pelampung


Towing with Buoy/ Menunda dengan pelampung


Santai dugong...


Santai duyung..


Tahniah kepada semua peserta atas kejayaan melepasi halangan dan ujian yang diberikan. Tahniah juga kepada PKKS kerana berjaya menganjurkan satu lagi kursus yang pasti memberi manfaat kepada pengendalian aktiviti air di PKKS. Syabas!

Gambar disunting dari album FB, Tn. Ronisafihin Ibrahim dan Tn. Jaenry Shen. Terima kasih ya...

Tiada ulasan: