27 Februari 2010

Hari Keluarga Sektor Pengurusan Akademik

Hari Keluarga SPA Sabah telah berkhemah di Kem Malangang semalam sempena merayakan aktiviti hari keluarga untuk SPA. Beberapa aktiviti seperti Kerubung Terbang, permainan sukaneka dan pertandingan memasak telah diadakan. Diharap semua yang datang telah mendapat pengalaman dan kenangan yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Happy Family Day!

25 Februari 2010

Ujian Kecergasan Fizikal

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pusat Kokurikulum, Sektor pembangunan Kemanusiaan akan mengadakan ujian Kecergasa Fizikal untuk Jurulatih Pusat Kokurikulum Sabah. Mulai tahun ini Bahagian Sukan, Seni & KoKurikulum KPM telah mewajibkan ujian tersebut kepada semua jurulatih Pusat Kokurikulum di seluruh Malaysia. Untuk makluman, ujian fizikal ini merangkumi;
* larian 2.4 km
* renang 200m
* tekan tubi
* bangkit tubi
* pikul beban

Oleh yang demikian, kepada semua jurulatih, silalah buat persediaan yang sesuai untuk ujian ini. Kepada jurulatih-jurulatih di bahagian pantai barat, ujian berkenaan akan dibuat pada 19 Mac ini di Kompleks Sukan Penampang. Jumpa anda di sana!

23 Februari 2010

Perkhemahan Expedisi Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2010

Perkhemahan ini membuka tirai aktiviti untuk pusatko sabah untuk tahun ini. Diadakan dari 22-24 Februari 2010 di Kem Malangang, Kiulu, perkhemahan ini disertai oleh 112 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Sabah. Di antara aktiviti untuk perkhemahan ini ialah aktiviti berbasikal, berkayak, kerubung terbang, rentas halangan, dan orienteering.