13 November 2010

Mission Accomplished!

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan pengurusan Pusat Kokurikulum Sabah, semua jurulatih PusatKo Sabah serta staf sokongan. Berkat kesungguhan, kerjasama, ketekalan, dan kecekalan semua telah membuahkan anugerah sempena Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan baru-baru ini yang diadakan di Hotel Empress, Sepang.
PusatKo Sabah telah mendapat johan dalam bidang pengurusan dan kewangan, program dan lojistik. Sesungguhnya ini adalah pengiktirafan kepada warga PusatKo Sabah atas tugas dan komitmen yang dihulurkan. Semoga anugerah ini akan menguatkan lagi semangat warga Pusatko Sabah untuk terus bergiat dalam bidang yang diceburi. Siapa lagi kalau bukan kita. :)

Kursus Profesionalisme dan Watikah Perlantikan

Satu acara yang julung-julung kali diadakan telah berlangsung pada 5 hingga 7 November 2010. Lebih 200 jurulatih seluruh Sabah telah berhimpun di Kem Malangang, Kiulu untuk menghadiri kursus profesionalisme dan watikah perlantikan tersebut. Jurulatih senior dan junior berpeluang bersama-sama dalam sesi aktiviti yang telah dirancang seperti aktiviti Team Building dan mendengar ceramah khas dari Jabatan Bomba Kota Kinabalu di samping merapatkan hubungan sillaturahim.
Pada malam 6hb (Sabtu), warga pusatko Sabah berbangga menerima kehadiran Dt Dr. Muhiddin Yussin,Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sebagai perasmi Watikah perlantikan malam itu.
Terima kasih diucapkan pada Dt Dr. Muhiddin atas kesudian beliau menyempurnakan majlis. Tahniah juga diucapkan pada semua jurulatih yang telah dapat hadir dalam majlis perlantikan malam itu. Komitmen dan sumbangan anda selama ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Para jurulatih menyambut kehadiran tuan pengarah..

Jurulatih wanita

Jurulatih lelaki
Gambar oleh Tn. Freddie Anthony Jacob (9w6EDY)