25 Disember 2009

11 Disember 2009

Kem Bina Diri, 1 Malaysia, 1 BSN, 1 Komuniti

Seramai 40 staf BSN dari seluruh Sabah telah mengharungi Kem Bina Diri yang telah diadakan di Kem Malangang, Kiulu dari 11-13 Disember. Bertujuan untuk menyematkan semangat waja diri yang kuat di kalangan staf dari pelbagai cawangan BSN seluruh Sabah. Aktiviti-aktiviti seperti Flying Fox, Pandu Arah, Rentas Halangan, Malam Burung Pungguk, Treasure Hunt dan Malam Kebudayaan telah menguji semangat kerjasama dan waja diri dalam peserta-peserta kem ini.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta kem kerana telah berjaya melalui segala cabaran yang diberikan. Pasti pengalaman dan kenangan selama berada di Kem ini akan sentiasa berada di hati sanubari para peserta.
Terima kasih juga diucapkan kepada para jurulatih yang telah datang untuk menyumbang tenaga dan bertugas untuk kem ini.

Sedang mendengar Taklimat sebelum aktiviti Flying Fox
Sedang mendengar arahan untuk cabaran "Monkey Bridge'
riadah petang..bermain 'Dodgeball'..

En. Ambrews memberi ucapan ringkas bagi Pusatko Sabah semasa malam kebudayaan..

"Go for the Impossible!"

Kursus Rakit Arus Deras Level 1 dan 2

Kursus Rakit Arus Deras Level 1 dan 2 ini sedang berlangsung sekarang di Kem Malangang, Kiulu. Dengan kerjasama Riverbug, di bawah naungan Traversetourse, PusatKo Sabah berharap kursus ini dapat menghasilkan lagi jurulatih-jurulatih yang akan dapat mengendali raft untuk aktiviti arus deras akan datang. Selamat berkursus pada jurulatih-jurulatih yang terpilih.

03 Disember 2009

Kursus Teknikal dan Marshall Paintball Level 1

Baru-baru ini, Pusatko Sabah dengan kerjasama Splatzones Paintball telah menganjurkan kursus Teknikal dan Marshall Paintball Level 1 bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Peserta seramai 34 orang yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih Pusatko sendiri telah didedahkan kepada aspek-aspek teknikal dan marshalling untuk sukan paintball ini.
Sukan paintball ini adalah antara sukan yang semakin hari semakin diminati ramai dan jurulatih-jurulatih Pusatko Sabah merasa bangga mendapat latihan/coaching dari Cik Gabrielle Sheila, head ref atau Ketua Hakim untuk Persatuan Paintball Sabah. Bukan calang-calang orangnya. Setelah beberapa lama berkecimpung dalam sukan Paintball ini, beliau telah mula menjadi marshall sejak 4 tahun lalu. Selain dari itu, beliau telah baru-baru ini menjadi salah seorang ref juga untuk Paintball - World Cup Asia di Bukit Jalil.
Di bawah bimbingan Cik Gabrielle Sheila, peserta-peserta didedahkan kepada undang-undang paintball, cara-cara menghakimi sesuatu pertandingan paintball dan lain-lain lagi. Turut ditekankan juga adalah aspek keselamatan dalam sukan ini.

Ms.Gabrielle Sheila...tegas..
Peserta-peserta juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi dengan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan paintball seperti marker, pellet, bunker dan sebagainya. Selain dari itu,di bawah kendalian En. Ronnie, para peserta juga terlibat dalam 'field set up'. Seperti biasa, semangat kerjasama di antara peserta dan penganjur memudahkan lagi perjalanan 'field set up' itu.

Para peserta sedang mendengar dengan tekun.

En. Ronnie Andrew.. cara menyusun bunker di dalam 'field'.
En. Ronnie Andrew...technical marker

Field set-up

bunkers.. cans, snake, doritos

Latihan membuka dan memasang marker

anatomi marker

Ujian teori

Sesi praktikal paintball yang diadakan turut menguatkan lagi kefahaman peserta-peserta terhadap sukan yang menarik ini. Antara slogan yang biasa didengar untuk sukan ini ialah 'No Pain(t), No gain'.

Safety briefing sebelum masuk gelanggang..

Get ready for the 10second warning!!!!

Bukan power-rangers ya..

Para peserta telah mendapat banyak panduan dan tunjukajar dari Cik Gabrielle Sheila dan pasukannya. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan. Semoga peserta-peserta kursus akan sentiasa cuba untuk meningkatkan diri dalam sukan ini.

12 Oktober 2009

Cabaran Sarawak 2009

Seramai 15 peserta dari Pusat Ko Sabah (tidak termasuk j/u kanan kebangsaan dan panel kebangsaan) telah turut serta menyahut cabaran yang dianjurkan oleh Pusatko Sarawak tahun ini. Tahniah kepada j/u yang telah terpilih.

Selamat sampai...


Di antara aktiviti-aktivitinya adalah..
Berbasikal...
Abseiling..
Lawatan ke Gua Niah..
Memasang dan melakukan flying fox
Membuat gadjet
Berkayak
Pertandingan/ Persembahan Kebudayaan dari setiap negeri.

Cabaran Sarawak berakhir dengan penuh kemeriahan.. dengan harapan Cabaran Melaka tahun hadapan akan menjanjikan aktiviti-aktiviti yang tidak kurang menarik dan mencabar! Jumpa di sana!

14 Ogos 2009

Kursus Senamrobik, Asas Kompang dan Asas Seni Tari Malaysia

Tahniah kepada para jurulatih yang telah mengikuti kursus ini yang diadakan pada 10-13 Ogos 2009. Pastinya banyak ilmu yang telah ditimba dan pasti dapat dipraktikkan semasa kem-kem yang akan diadakan di Kem Malangang nanti.

Inang
Pakpakpakpakbungbungbungbung...
Joget la joget..

Sebahagian dari para peserta kursus dengan Jurulatih Senamrobik dan Jurulatih Tarian

23 Julai 2009

Gala Karnival Perkhemahan Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada 8 orang pelajar seluruh Sabah yang terpilih mewakili Sabah untuk menyertai perkhemahan ini. Rombongan yang berlepas hari ini pasti dalam keadaan berdebar-debar. Banyak aktiviti menarik yang pastinya mencabar akan menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Paintball? Kayak? Teroka gua? Wah..seronoknya.
Tidak dilupakan jurulatih-jurulatih pengiring untuk perkhemahan ini, Tn Hussin Kasim dan Pn. Melissa Jemoline. Semoga beroleh pengalaman baru juga. Kem Tasoh, Perlis menanti anda! Semoga berjaya.

20 Julai 2009

Kem 1M Siri Empat

Rombongan Kem 1Malaysia Siri Empat bakal berlepas hari ini ke Kuala Lumpur. Berikut senarai sekolah yang terlibat;
1. SK Jambongan (16)
2. SK Lubang Buaya (12)
3. SK Simpangan (12)
4. SK Lingkabau(11)
5. SK Terusan Sugut (10)
6. SK Pantai Boring (10)
7. SK LImau Limau (7)
8. SK Abuan Beluran (8)
9. SK Manopod (12)
10. SK Malalin (10)

Seramai 10 orang guru pengiring turut bersama dalam perjalanan ini. Jurulatih Pusat KoKurikulum, Tn. Amin Galabi dan Tn. Abdul Ghafar Omar (Ketua Kontinjen) akan meneraju rombongan kali ini.


19 Julai 2009

Kem 1M Siri ketiga

Kumpulan ketiga akan berlepas hari ini ke Johor Bahru. Ditemani guru-guru pengiring selaku ibu dan ayah angkat sepanjang perjalanan nanti. Semoga beroleh pengalaman baru!
Sekolah-sekolah terlibat;
1. SK Pulau Denawan, Semporna
2. SK Pinapak, Pitas
3. SK Kawiyan, Ranau
4. SK Inarad
5. SK Mapan-Mapan
6. SK Malubang
7. SK Nibang

Tn. Mohamad Ayob (Ketua Kontinjen) dan Tn. Oliver Joel
Tn Mohamad Ayob sedang membacakan doa
Siapa yang belum pernah ke Kota Kinabalu?
Guru- guru pengiring sedang memperkenalkan diri pada murid-murid
Guru-guru pengiring bersama-sama anak-anak buah

11 Julai 2009

Karnival Pendidikan Luar SM kebangsaan

Tahniah kepada 8 orang pelajar yang terpilih untuk mewakili Sabah ke Karnival Perkhemahan Pendidikan Luar SM ke Kedah. Persediaan yang dibuat dari segi latihan kebudayaan diharap akan dapat memantapkan lagi kontinjen Sabah. Tentu sekali para jurulatih pengiring, Pn Dyah Shintawati Sunjoto dan Tn Alfred Udon, akan turut teruja dalam mengiringi wakil-wakil pelajar ini.

08 Julai 2009

Kem 1M Siri Kedua

Rombongan kedua berlepas ke Melaka hari ini. Jurulatih-jurulatih pengiring pusatko, Pn Jafora kinsung dan En. Zainuddin Butoi bakal 'memandu' para murid dan guru pengiring pabila tiba ke Bandaraya Bersejarah, Melaka. Good Luck untuk rombongan kedua ini!

06 Julai 2009

One Malaysia - Rombongan Pertama

Tahniah kepada murid-murid Sk. Sabur (Pulau Banggi) dan Sk. Sunsugon Magandai (Kota Marudu) yang telah terpilih untuk mengikuti rombongan ke Ipoh untuk program perkhemahan One Malaysia ini. Mereka akan berlepas hari ini 6hb Julai dengan ditemani guru-guru pengiring beserta dua jurulatih pusatko. Semoga mereka pergi dan kembali dengan selamat.

Ketibaan IR Jamigul, diiringi oleh Dato Roslin

Makel @Michael, murid Sk. Sabur

Pn.Mona, membantu dalam mengagih makanan

Murid-murid SK.Sabur menjamu selera

Murid-murid SK.Sunsugon Magandai


Jurulatih pengiring : Tn Charlie Evon (Ketua Kontinjen), Tn Said Ambar