03 Disember 2009

Kursus Teknikal dan Marshall Paintball Level 1

Baru-baru ini, Pusatko Sabah dengan kerjasama Splatzones Paintball telah menganjurkan kursus Teknikal dan Marshall Paintball Level 1 bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Peserta seramai 34 orang yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih Pusatko sendiri telah didedahkan kepada aspek-aspek teknikal dan marshalling untuk sukan paintball ini.
Sukan paintball ini adalah antara sukan yang semakin hari semakin diminati ramai dan jurulatih-jurulatih Pusatko Sabah merasa bangga mendapat latihan/coaching dari Cik Gabrielle Sheila, head ref atau Ketua Hakim untuk Persatuan Paintball Sabah. Bukan calang-calang orangnya. Setelah beberapa lama berkecimpung dalam sukan Paintball ini, beliau telah mula menjadi marshall sejak 4 tahun lalu. Selain dari itu, beliau telah baru-baru ini menjadi salah seorang ref juga untuk Paintball - World Cup Asia di Bukit Jalil.
Di bawah bimbingan Cik Gabrielle Sheila, peserta-peserta didedahkan kepada undang-undang paintball, cara-cara menghakimi sesuatu pertandingan paintball dan lain-lain lagi. Turut ditekankan juga adalah aspek keselamatan dalam sukan ini.

Ms.Gabrielle Sheila...tegas..
Peserta-peserta juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi dengan peralatan-peralatan yang berkaitan dengan paintball seperti marker, pellet, bunker dan sebagainya. Selain dari itu,di bawah kendalian En. Ronnie, para peserta juga terlibat dalam 'field set up'. Seperti biasa, semangat kerjasama di antara peserta dan penganjur memudahkan lagi perjalanan 'field set up' itu.

Para peserta sedang mendengar dengan tekun.

En. Ronnie Andrew.. cara menyusun bunker di dalam 'field'.
En. Ronnie Andrew...technical marker

Field set-up

bunkers.. cans, snake, doritos

Latihan membuka dan memasang marker

anatomi marker

Ujian teori

Sesi praktikal paintball yang diadakan turut menguatkan lagi kefahaman peserta-peserta terhadap sukan yang menarik ini. Antara slogan yang biasa didengar untuk sukan ini ialah 'No Pain(t), No gain'.

Safety briefing sebelum masuk gelanggang..

Get ready for the 10second warning!!!!

Bukan power-rangers ya..

Para peserta telah mendapat banyak panduan dan tunjukajar dari Cik Gabrielle Sheila dan pasukannya. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan. Semoga peserta-peserta kursus akan sentiasa cuba untuk meningkatkan diri dalam sukan ini.

Tiada ulasan: