13 November 2010

Mission Accomplished!

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan pengurusan Pusat Kokurikulum Sabah, semua jurulatih PusatKo Sabah serta staf sokongan. Berkat kesungguhan, kerjasama, ketekalan, dan kecekalan semua telah membuahkan anugerah sempena Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan baru-baru ini yang diadakan di Hotel Empress, Sepang.
PusatKo Sabah telah mendapat johan dalam bidang pengurusan dan kewangan, program dan lojistik. Sesungguhnya ini adalah pengiktirafan kepada warga PusatKo Sabah atas tugas dan komitmen yang dihulurkan. Semoga anugerah ini akan menguatkan lagi semangat warga Pusatko Sabah untuk terus bergiat dalam bidang yang diceburi. Siapa lagi kalau bukan kita. :)

Kursus Profesionalisme dan Watikah Perlantikan

Satu acara yang julung-julung kali diadakan telah berlangsung pada 5 hingga 7 November 2010. Lebih 200 jurulatih seluruh Sabah telah berhimpun di Kem Malangang, Kiulu untuk menghadiri kursus profesionalisme dan watikah perlantikan tersebut. Jurulatih senior dan junior berpeluang bersama-sama dalam sesi aktiviti yang telah dirancang seperti aktiviti Team Building dan mendengar ceramah khas dari Jabatan Bomba Kota Kinabalu di samping merapatkan hubungan sillaturahim.
Pada malam 6hb (Sabtu), warga pusatko Sabah berbangga menerima kehadiran Dt Dr. Muhiddin Yussin,Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sebagai perasmi Watikah perlantikan malam itu.
Terima kasih diucapkan pada Dt Dr. Muhiddin atas kesudian beliau menyempurnakan majlis. Tahniah juga diucapkan pada semua jurulatih yang telah dapat hadir dalam majlis perlantikan malam itu. Komitmen dan sumbangan anda selama ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Para jurulatih menyambut kehadiran tuan pengarah..

Jurulatih wanita

Jurulatih lelaki
Gambar oleh Tn. Freddie Anthony Jacob (9w6EDY)

19 Oktober 2010

Kursus Menyelamat Kelemasan (Bronze Medal)

Tahniah kepada 30 orang jurulatih pusatko Sabah yang telah menyertai kursus menyelamat kelemasan (pingat gangsa) yang telah diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dari 17hb hingga 18hb Oktober 2010. Kursus intensif ini telah dikendalikan oleh jurulatih/pemeriksa Penyelamat Kelemasan Malaysia, En. Johar Segari beserta beberapa lagi rakan jurulatih penyelamat keselamatan. Semoga bertambahnya anggota jurulatih yang berkelayakan pingat gangsa ini, aktiviti air untuk slot perkhemahan pusat kokurikulum akan lebih bermakna dan mantap anjurannya.
Gambar peserta-peserta kursus. Gambar hasil tangan Tn. Freddie A.J

06 Oktober 2010

Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Ko-Kurikulum Peringkat Negeri 2010

Pada 30hb September sehingga 5hb oktober, telah berlangsung Kursus Asas Kejurulatihan untuk Peringkat Negeri 2010. Seramai 46 guru dari kawasan pantai barat Sabah telah menghadiri kursus 6 hari 5 malam bertempat di Kem Malangang. Dengan kekuatan jurulatih seramai 24 orang, pelbagai slot aktiviti pendidikan luar telah dibuat sebagai pendedahan kepada para peserta. Aktiviti-aktiviti seperti Rekreasi Tali, Orienteering, Keyakinan Air, Permainan Rakyat dan Permainan Koperatif, dan slot wajib Kem Solo adalah antara aktiviti yang dijalankan.




Kem Malangang turut mendapat kunjungan yang julung-julung kali dibuat dari En. Mahamad Amran Kamsi, Ketua Timbalan Pengarah Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kunjungan beliau, walaupun hanya sekejap, cukup untuk menaikkan semangat semangat para jurulatih dan peserta yang hadir untuk malam Penutupan Kursus Kejurulatihan apatah lagi setelah mendengar ucapan penutupan beliau yang sangat bermakna.


Diharap para peserta telah mendapat pengetahuan dan pengalaman dan dapat menyahut cabaran untuk menjadi jurulatih pusatko. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para jurulatih yang bertugas.

07 Ogos 2010

Perkhemahan Karnival Pendidikan Luar 1 Malaysia SM Peringkat Negeri

Pada 3hb hingga 6hb bulan ini, seramai 189 pelajar dari seluruh Sabah telah berkampung dan berkhemah di Kem Malangang sempena perkhemahan Karnival Pendidikan Luar 1 Malaysia. Hujan yang turun pada malam kedua dan ketiga tidak sedikit pun melunturkan semangat pelajar yang menyertai perkhemahan ini.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti berbasikal, kerubung terbang, permainan rakyat, rentas halangan, pertandingan orienteering merentas desa, Mari Memasak dan Mari Menari. Pastinya banyak pengalaman telah dapat ditimba semasa mengikuti aktiviti ini.
Syabas dan tahniah juga kepada semua jurulatih yang telah datang. Tanpa anda semua, aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.












Semua gambar hasil tangan Tn. Chang Tack Houn

29 Julai 2010

Perkhemahan Motivasi UPSR 2010

Perkhemahan ini telah dijalankan dari 26hb hingga 29hb bulan ini. Tahniah kepada semua peserta Kem Motivasi UPSR tahun ini. Semoga dengan motivasi yang telah diberi, para peserta akan terus berusaha sepenuh hati untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Syabas turut diucapkan kepada semua jurulatih yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan kem ini.

06 Julai 2010

Perkhemahan Jati Diri Peringkat Negeri 2010

Aktiviti minggu ini bagi Kem Malangang ialah Perkhemahan Jati Diri yang biasanya merupakan aktiviti tahunan dalam kalendar Pusatko Sabah. Sejumlah pelajar yang terpilih mengikuti perkhemahan yang bermula semalam 5hb dan berakhir pada 8hb ini. Adalah diharapkan para pelajar yang terpilih ini akan dapat menemui jalan dalam merubah diri untuk kebaikan masa hadapan. Selamat bertugas turut diucapkan kepada para jurulatih yang datang untuk perkhemahan ini. Sumbangan anda amat dihargai.








Gambar hasil tangan Tn Freddy A.Jacob

28 Jun 2010

Kursus Pembinaan Litar Basikal

Seramai 26 orang jurulatih telah berkampung di Kem Malangang dari 25hb hingga 28hb untuk mengikuti aktiviti ini. Semoga hasil usaha para jurulatih dapat dimanfaatkan untuk kebaikan aktiviti luar untuk perkhemahan-perkhemahan akan datang. Syabas!




18 Jun 2010

Perkhemahan Pengakap Zon Pantai Barat Selatan

Seramai 180 orang ahli pengakap dari Zon Pantai Barat Selatan, termasuk jemputan penyertaan dari zon Lahad Datu telah berkampung di Kem Malangang dari 14 hingga 16 Jun untuk perkhemahan ini. Banyak aktiviti telah disediakan untuk para peserta bertuah yang hadir mengikuti perkhemahan ini. Di antaranya ialah beberapa aktiviti wajib seperti Orienteering dan membuat Gejet. Beberapa lagi aktiviti lain adalah seperti Radio Amatur, Keyakinan di Air, Kerubung Terbang, Permainan Rakyat, Ikhtiar Hidup dan Rentas Halangan. Tahniah kepada ahli-ahli pengakap atas penganjuran perkhemahan ini.


01 Jun 2010

Pesta Menuai

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua warga pendidik Sabah dan kepada anda yang merayakan perayaan ini. Tidak dilupakan buat mereka yang merayakan Pesta Gawai di Sarawak, selamat meraikan perayaan setahun sekali ini.
Cuti..cuti juga, tugasan semasa cuti jangan diabaikan..;)

16 Mei 2010

Guru

Guru, membuka minda yang masih bayi,
menunjukkan kepelbagaian intelek,
dan keajaiban akan kebolehan berfikir
untuk diri sendiri,

Guru, melatih
otot-otot mental para pelajar,
meregang dan menguatkan,
agar dapat pelajar melaksana keputusan mencabar,
mencari jalan di dunia,
dan berdikari.

Guru, anda cukup penyayang,
dengan lembutnya menolak dan memaksa
pelajar untuk melangkaui kebolehan bakat,
dan mencapai potensi maksima,

Anda adalah itu.
Terima Kasih Guruku.

SELAMAT HARI GURU.

Nukilan : PKKSJNS

10 Mei 2010

Kem Bina Insan SR 2010

Hujan turun dengan lebatnya semalam di kawasan Kota Kinabalu. Jalanraya dari Tuaran menuju ke Kota Kinabalu sesak dengan kenderaan-kenderaan.
Petang ini juga akan bermula Perkhemahan Bina Insan SR, diharap para jurulatih dan peserta dapat tiba ke Kem Malangang dalam keadaan selamat. Selamat bertugas, selamat berkhemah!

07 Mei 2010

Kursus Bantu Mula

Seramai 30 orang jurulatih Pusat Kokurikulum Sabah sedang menjalani Kursus Bantu Mula yang diadakan di Kem Malangang sekarang. Bertujuan untuk melatih para jurulatih dalam kaedah pertolongan cemas, kursus ini diharap akan dapat membantu melengkapkan kemahiran jurulatih yang terpilih ini dan digunakan apabila diperlukan. Selamat berkursus pada jurulatih sekalian.

03 Mei 2010

Norikot nodii bulan Lima..

Norikot nodii bulan Lima...ungkapan bahasa Dusun ini jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu bermaksud, bulan Mei sudah tiba. Baris pertama, rangkap pertama bagi lirik lagu Dusun berkisar tentang pesta/perayaan yang dirayakan oleh masyarakat KadazanDusun di Sabah. Apa dia? Tentu sekali Perayaan Pesta Menuai. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah bulan Mei ya, kawan-kawan?

Cuaca hari ini begitu panas. Suhu mencecah 31 darjah celcius. Sekadar untuk mengingatkan kawan-kawan sekalian, minumlah air secukupnya. Tidak banyak, 8 gelas air lebih dari memadai. Bukan air teh atau kopi atau minuman berkarbonat, tetapi air biasa, skyjuice atau mineral water. Minumlah lebih sikit kalau tugasan anda membawa anda ke kawasan luar lindungan bumbung.
Setelah berbulan blog ini diwujudkan, rasanya ramai yang sudah melayari alamat web ini dan sedikit sebanyak mengetahui aktiviti-aktiviti yang ada diadakan di Kem Malangang. Bagi mereka yang telah pernah berkhemah di Kem Malangang, pasti mempunyai kenangan-kenangan pahit manis yang tidak akan dapat dilupakan.

Kem Malangang, yang terletak di Kg.Kiulu, Tamparuli terletak kira-kira satu jam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. Untuk mengetahui lokasi Kiulu, sila klik sini. Beberapa kawasan tepi sungai Kiulu boleh dijadikan tapak piknik yang sesuai dilawati pada hujung-hujung minggu dan memang pun selama ini menjadi tapak cuti-cuti Sabah bagi mereka yang ingin bersantai bersama ahli-ahli keluarga mahupun sahabat handai.

Dalam beberapa minggu lagi, cuti pertengahan tahun akan tiba. Kalendar aktiviti pusatko tetap penuh. Bagi anda yang sudah membuat rancangan untuk pergi melancong, selamat bercuti dan melancong. Bagi anda yang belum membuat rancangan, rancanglah baik-baik...

27 April 2010

Perkhemahan Pendidikan Alam Sekitar SR 2010

Perkhemahan PAS tahun ini pasti menjanjikan keseronokan pada murid-murid yang cukup bertuah terpilih untuk menyertai perkhemahan tahun ini. Pastinya para jurulatih yang komited turut seronok mengendalikan program tahunan ini. Selamat berkhemah, selamat bertugas!

14 April 2010

Perkhemahan Taman Laut

Selamat mengikuti perkhemahan Taman-taman Laut kepada semua jurulatih dan peserta tahun ini. Perkhemahan yang sedang diadakan di Pulau Manukan, Kota Kinabalu pasti akan membawa banyak pengalaman dan pengetahuan baru kepada semua yang menyertainya. Selamat bertugas diucapkan kepada para jurulatih. Jangan lupa untuk memakai 'sunscreen' atau 'sunblock' ya?




Gambar hasil tangan Tuan Freddie A.J

10 April 2010

Jasamu Dikenang

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tuan Haris Haji Baba. Bagi yang mengenali beliau, Pusatko Malangang sinonim dengan Tuan Haris. Rest in Peace, dear friend.