06 Oktober 2010

Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Ko-Kurikulum Peringkat Negeri 2010

Pada 30hb September sehingga 5hb oktober, telah berlangsung Kursus Asas Kejurulatihan untuk Peringkat Negeri 2010. Seramai 46 guru dari kawasan pantai barat Sabah telah menghadiri kursus 6 hari 5 malam bertempat di Kem Malangang. Dengan kekuatan jurulatih seramai 24 orang, pelbagai slot aktiviti pendidikan luar telah dibuat sebagai pendedahan kepada para peserta. Aktiviti-aktiviti seperti Rekreasi Tali, Orienteering, Keyakinan Air, Permainan Rakyat dan Permainan Koperatif, dan slot wajib Kem Solo adalah antara aktiviti yang dijalankan.




Kem Malangang turut mendapat kunjungan yang julung-julung kali dibuat dari En. Mahamad Amran Kamsi, Ketua Timbalan Pengarah Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kunjungan beliau, walaupun hanya sekejap, cukup untuk menaikkan semangat semangat para jurulatih dan peserta yang hadir untuk malam Penutupan Kursus Kejurulatihan apatah lagi setelah mendengar ucapan penutupan beliau yang sangat bermakna.


Diharap para peserta telah mendapat pengetahuan dan pengalaman dan dapat menyahut cabaran untuk menjadi jurulatih pusatko. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para jurulatih yang bertugas.

1 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah kepada pusat ko dan jurulatih2 yang terlibat.. saya sangat berpuas hati dan seronok mengikuti aktiviti sepanjang kursus ini. ada lagi kaitu? haha

p/s: telur amanat masi sia simpan. siapa yang mau?