20 Februari 2012

Ujian Kecergasan dan Watikah Perlantikan Jurulatih PusatKo 2012

Ujian Kecergasan yang lazimnya diadakan setiap dua tahun ini telah diadakan pada 17hb-19hb Februari bertempat di Stadium Likas dan Pusat Akuatik Likas. Tahun ini, ujian kecergasan ini telah diadakan secara berpusat di mana jurulatih-jurulatih dari seluruh Sabah telah dihimpunkan bersama.

Ujian Kecergasan meliputi beberapa acara seperti bangkit tubi, tekan tubi, angkat beban dan larian 2.4km. Manakala untuk acara renang, renang sejauh 200m..(sahaja..) Cuaca pada hari itu sangat baik..mendung berangin.. dan amat membantu para jurulatih memberi penumpuan yang terbaik dalam 'mengharungi' semua acara ujian trek. Suasana meriah di kalangan para jurulatih jelas kelihatan dan kedengaran semasa ujian, menunjukkan semangat kekeluargaan di antara semua jurulatih, tidak kira senior atau junior.

Ujian renang turut menyaksikan pelbagai telatah jurulatih. Para jurulatih yang kurang mahir berenang diberikan keistimewaan untuk memulakan sesi renangan sambil dikawal-selia oleh mereka-mereka yang mahir. Jangan bilang tidak boleh..selagi belum cuba.. Hmm... bagi para jurulatih yang belum berkemahiran berenang, bolehlah perbaiki kelemahan dari sekarang, untuk kebaikan bersama ya...

Pada malamnya, majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Jurulatih untuk sesi 2012 telah berlangsung di Kem Malangang, Kiulu. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, En. Muhiddin Yussin telah sudi hadir untuk menyempurnakan majlis ini.

Bagi jurulatih-jurulatih yang telah mengikuti Ujian Kecergasan dan menerima watikah perlantikan ini, tahniah dan syabas diucapkan. Sumbangan dan komitmen anda selama ini amatlah dihargai. Teruskanlah tugasan murni anda..kerana..kalau bukan kita, siapa lagi?

Tiada ulasan: