25 Jun 2009

PERANAN DAN FUNGSI, PROGRAM & KEJAYAAN PUSAT KOKURIKULUM 2009

FUNGSI DAN PERANAN PUSAT KOKURIKULUM

Dalam merealisasikan Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui aspek Kokurikulum, kewujudan Pusat Kokurikulum Negeri di seluruh Negara dapat membantu proses melaksanakan program-program Kokurikulum secara berkesan.

Kewujudan Pusat Kkurikulum Negeri seterusnya dapat melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa kea rah kecemerlangan individu.

Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana Pendidikan Luar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pendidikan dan agensi-agensi luar yang dibenarkan.Selain itu, Pendidikan Luar di Pusat Kokurikulum Negeri di samping merentas kurikulum, aktiviti yang ditawarkan juga pelbagai dan menggunakan peralatan, kemudahan serta lokasi aktiviti yang rencam. Kurikulum Pusat Kokurikulum adalah berasaskan latihan dari segi Jasmani, Emosi, Intelek, Sosial, Rohani dan ketatanegaraan yang disepadukan dalam aktiviti yang disusun melalui Kurikulum Teras dan Kurikulum Pilihan.

Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan:
- Pendidikan Agama dan Moral
- Latihan Fizikal/ Kawad Kaki
- Pendidikan Ketatanegaraan
- Khidmat Masyarakat
- Pendidikan Alam Sekitar
- Motivasi

Aktiviti Darat
- Perkhemahan
- Pengembaraan
- Trekking
- Orienteering
- Pandu Arah
- Menjejak
- Merentas halangan
- Tali Temali
- Ikhtiar Hidup
- Jalan lasak
- Berbasikal
- Dan mendaki Tembok Tiruan

Aktiviti Air
- Keyakinan dan Keselamatan di air
- Kayak



PROGRAM TARIKH / TEMPAT PENCAPAIAN PERINGKAT CATATAN

1. Ekspedisi Pendidikan Luar Siri 1 Sekolah Menengah
08 hingga 12 Mac 2009( Negeri Sembilan )
Naib Johan Pertandingan Kebudayaan Kebangsaan
2. Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Rendah
29 Mac hingga 2 April( Melaka )
Johan Pertandingan Paintball Kebangsaan
3. Perkhemahan Alam Semulajadi Sekolah Rendah
23 hingga 27 Mac 2009( Johor )
Johan Pertandingan Kebudayaan Kebangsaan
4. Ekspedisi Pendidikan Luar Siri 2 Sekolah Menengah
5 hingga 9 Jun 2009( Sabah )
Ketiga Pertandingan Kebudayaan Kebangsaan

5. Perkhemahan Kenali Taman-Taman Putrajaya
11 hingga 13 Jun 2009( Putrajaya )
a. Peserta dalam kumpulan johan keseluruhan pertandingan berkumpulan
- En. Melvin Lajangang ( Jurulatih Pusat Kokurikulum Sabah )
b. Johan Keseluruhan 5 acara pertandingan berkumpulan Kebangsaan

Nota:
1. Pusat Kokurikulum Sabah menjadi pengelola Perkhemahan Taman Laut Zon Malaysia Timur
- Siri 1 - April 2009
- Siri 2 - Mei 2009

2. Pengelola Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Kokurikulum
3. Perkhemahan Pendidikan Sekolah Rendah

Tiada ulasan: