31 Mac 2011

Bah...

Hujan turun dengan lebat sejak kebelakangan ini dan kadangkala turun diiringi dengan petir dan guruh yang kuat. Minggu lepas, semasa perkhemahan 1Malaysia sekolah rendah, hujan turun dengan lebatnya. Istilah orang Sabah,'bukan alang-alang' turunnya hujan..
Air sungai Kiulu telah melimpah dan membanjiri kampung-kampung berhampiran sungai Kiulu, termasuklah Kem Malangang.
Para peserta perkhemahan pada waktu itu telah dipindahkan ke SK. Malangang.
4 jam kemudian, air telah surut dan para jurulatih dan guru-guru pengiring membuat aktiviti gotong royong membersihkan dewan.










Perkhemahan Unit Uniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2011

Perkhemahan yang diadakan sewaktu cuti sekolah dua minggu yang lepas ini menyaksikan kehadiran ramai murid-murid SR dari seluruh Sabah. Pelbagai aktiviti telah disediakan dan dikendalikan oleh jumlah jurulatih yang agak ramai berbanding dari kebiasaan. Lain dari lain...maklumlah...cuti kan..
Agak menyeronokkan juga bagi jurulatih yang hadir memandangkan kerja yang berat telah menjadi ringan dengan kehadiran jurulatih yang ramai. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada barisan jurulatih yang baru selesai mengikuti kursus peningkatan jurulatih beberapa hari sebelum perkhemahan ini dan telah sudi hadir meminjamkan tenaga untuk perkhemahan ini.



















Wakil-wakil SK. Melikai, Menumbok.


Wakil-wakil SK.Kaung dengan Guru Pembimbing dan Jurulatih P.Ko, Ust Khairul.

Semoga peserta-peserta perkhemahan telah mendapat pengalaman daripada perkhemahan ini.
Gambar hasil tangan Tn. Mazlan Sidek

15 Mac 2011

Kursus Peningkatan JU PKK Sabah 2011

Syabas pada barisan JU Senior yang telah menjayakan kursus peningkatan untuk tahun ini dan tahniah pada JU yang mengikuti kursus ini.

Gambar hasil tangan Tn. Freddie Anthony Jacob

14 Mac 2011

Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia Sekolah Menengah 2011

Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia membuka tirai kalendar PKK Sabah untuk aktiviti wajib tahun ini. Namun, sabar peminat...gambar akan dimuatnaik secepat mungkin.

13 November 2010

Mission Accomplished!

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan pengurusan Pusat Kokurikulum Sabah, semua jurulatih PusatKo Sabah serta staf sokongan. Berkat kesungguhan, kerjasama, ketekalan, dan kecekalan semua telah membuahkan anugerah sempena Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan baru-baru ini yang diadakan di Hotel Empress, Sepang.
PusatKo Sabah telah mendapat johan dalam bidang pengurusan dan kewangan, program dan lojistik. Sesungguhnya ini adalah pengiktirafan kepada warga PusatKo Sabah atas tugas dan komitmen yang dihulurkan. Semoga anugerah ini akan menguatkan lagi semangat warga Pusatko Sabah untuk terus bergiat dalam bidang yang diceburi. Siapa lagi kalau bukan kita. :)

Kursus Profesionalisme dan Watikah Perlantikan

Satu acara yang julung-julung kali diadakan telah berlangsung pada 5 hingga 7 November 2010. Lebih 200 jurulatih seluruh Sabah telah berhimpun di Kem Malangang, Kiulu untuk menghadiri kursus profesionalisme dan watikah perlantikan tersebut. Jurulatih senior dan junior berpeluang bersama-sama dalam sesi aktiviti yang telah dirancang seperti aktiviti Team Building dan mendengar ceramah khas dari Jabatan Bomba Kota Kinabalu di samping merapatkan hubungan sillaturahim.
Pada malam 6hb (Sabtu), warga pusatko Sabah berbangga menerima kehadiran Dt Dr. Muhiddin Yussin,Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sebagai perasmi Watikah perlantikan malam itu.
Terima kasih diucapkan pada Dt Dr. Muhiddin atas kesudian beliau menyempurnakan majlis. Tahniah juga diucapkan pada semua jurulatih yang telah dapat hadir dalam majlis perlantikan malam itu. Komitmen dan sumbangan anda selama ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Para jurulatih menyambut kehadiran tuan pengarah..

Jurulatih wanita

Jurulatih lelaki
Gambar oleh Tn. Freddie Anthony Jacob (9w6EDY)

19 Oktober 2010

Kursus Menyelamat Kelemasan (Bronze Medal)

Tahniah kepada 30 orang jurulatih pusatko Sabah yang telah menyertai kursus menyelamat kelemasan (pingat gangsa) yang telah diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dari 17hb hingga 18hb Oktober 2010. Kursus intensif ini telah dikendalikan oleh jurulatih/pemeriksa Penyelamat Kelemasan Malaysia, En. Johar Segari beserta beberapa lagi rakan jurulatih penyelamat keselamatan. Semoga bertambahnya anggota jurulatih yang berkelayakan pingat gangsa ini, aktiviti air untuk slot perkhemahan pusat kokurikulum akan lebih bermakna dan mantap anjurannya.
Gambar peserta-peserta kursus. Gambar hasil tangan Tn. Freddie A.J