26 September 2011

Kem Patriotisme 1Malaysia dan Sambutan Merdeka Raya

Kem ini telah diadakan pada 14 - 17 September yang lalu. Kem Komandan, Tn. Freddie A.Jacob (tahniah yee...) beserta crew jurulatih gabungan lama dan baru, bersatupadu untuk mengurus dan menzahirkan satu turutan aktiviti yang bolehla dibanggakan...

Di samping aktiviti wajib Pusatko, para peserta dan jurulatih turut bersama warga bandaraya Kota Kinabalu di lokasi perarakan Sambutan Kemerdekaan di perkarangan Plaza Wawasan peringkat Negeri.

Dan satu lagi yang menarik semasa Kem Patriotisme 1Malaysia ini ialah Majlis Sambutan Hari Raya Kem Malangang. Timbalan Pengarah JPNS, Pn. Maimunah telah sudi hadir memeriahkan lagi suasana. Malam majlis telah diserikan lagi dengan persembahan-persembahan dari kalangan para peserta. Gimik perasmian, yang telah dilancarkan oleh Pn. Maimunah, berupa penurunan bendera 'gergasi' gabungan beberapa bendera Malaysia dan bendera Sabah yang telah dijahit tangan oleh peserta-peserta perempuan sepanjang perkhemahan. Hebat!
Gimik perasmian - penurunan bendera gergasi

Acara pemotongan "Kek Kemerdekaan"

Group Photo (Para peserta dan jurulatih sekalian)

Para jurulatih

Persembahan Nyanyian Lagu dari Peserta-peserta

Tahniah pada semua yang telah menjayakan perkhemahan ini.
Gambar - hasil tangan Tn Pius Gilau (PP Kem Mempikit)

25 Ogos 2011

Kem Ihya Ramadan 2011

Perkhemahan Ihya Ramadan yang merupakan aktiviti wajib setiap tahun dalam kalendar Pusatko, Kem Malangang, telah diadakan pada 16 hingga 19 Ogos tahun ini.
Seperti tahun lepas, majlis berbuka puasa bersama Pengarah JPNS turut diadakan. Tahun ini, pengarah JPNS kita sekali lagi telah sudi hadir memeriahkan lagi majlis berbuka puasa.

30 Julai 2011

Kursus Peningkatan Kemahiran Pendidikan Luar untuk Jurulatih PusatKo 2011

Kursus telah diadakan dari 26 hingga 29 Julai 2011 bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Antara pengisian program ialah slot Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki dan Protokol, Keyakinan & Keselamatan dalam Air, Rakit Arus Deras, Pandu Arah & Orienteering, Ikhtiar Hidup/ Makanan Rimba, High Element dan Kembara Malam.
Seramai lebih 60 jurulatih dari seluruh Sabah telah terlibat dengan kursus ini. Diharap pengetahuan dan perkongsian ilmu yang dibuat akan dapat membantu dan memantapkan lagi pengurusan aktiviti di PusatKo Daerah masing-masing.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan fasilitator!

25 Jun 2011

Cerita setakat ni..

Perkhemahan Kepimpinan Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2011 berakhir hari ini. Tahniah kepada para peserta-peserta perkhemahan.
Minggu hadapan pula Perkhemahan Taman-Taman Laut Peringkat Kebangsaan Zon Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menyusul. Cuaca semakin panas.. Jangan lupa bawa sunblock dan minum banyak air ya..

28 Mei 2011

Cuti time!

Pejam celik pejam celik...sedar atau tidak, sudah pun hampir sampai ke pertengahan tahun 2011. Ingat lagi azam yang dibuat awal tahun? Pabila penunjuk masa menunjukkan pukul 12.01 pagi, 1hb Jan 2011... ramai antara kita menanam azam untuk meneruskan perjuangan yang lebih gagah lagi untuk tahun ini. Tidak la semestinya tahun baru, azam baru kan? Anyway... amacam azam atau cita-cita atau senarai yang must-do untuk tahun ini? Sudah ada yang tercapai? Kalau sudah ada...tahniah. Kalau belum, esok sentiasa ada..untuk lebih beri tumpuan.

Cuti pertengahan tahun sudah tiba. Tak payah bangun subuh-subuh untuk bersedia ke sekolah (bagi yang sesi pagi) or tak perlu ke sekolah waktu petang.. Tapi dalam diri warga pendidik tak pernah jauh dari minda dan sanubari tentang rancangan-rancangan yang ingin dilaksanakan untuk anak-anak didik, walaupun masa cuti. Itulah kita..

Selamat bercuti untuk semua.. Untuk rakan-rakan yang merayakan Pesta Menuai... Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan! Selamat memandu, selamat sampai ke destinasi..

11 Mei 2011

Fanasnya...

Amat mencabar... untuk mengadakan dan mengikuti aktiviti luar darjah di kala cuaca panas membakar. Macam dalam ketuhar rasanya kadang-kadang kan? Tapi demi keperluan, kewajipan dan pastinya minat, kita redah juga.

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Peringkat Negeri diadakan pada akhir bulan lepas. 147 peserta cilik dari seluruh negeri berhimpun di Kem Malangang untuk perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksana. Diharap para peserta mendapat pengalaman dan menggunakan pengetahuan yang dipelajari semasa perkhemahan untuk manfaat diri sendiri dan alam sekitar.

Pn. Dyah dengan aktiviti siput-siput

Apa agaknya difikirkan oleh Ketua Unit ya?

En. TJ sedang memberi taklimat..

Mahal lukisan ni..

Salah satu dari persembahan pada Malam Hijau

Tn. Salleh dengan persembahan istimewa.. bukan selalu ni..

Jurulatih pun turut serta membuat persembahan

Terima kasih daun keladi, kalau sudi datang lagi!

Gambar hasil tangan Tn. Pius Gilau (P.P Kem Mempikit, Keningau)