Kursus telah diadakan dari 26 hingga 29 Julai 2011 bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Antara pengisian program ialah slot Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki dan Protokol, Keyakinan & Keselamatan dalam Air, Rakit Arus Deras, Pandu Arah & Orienteering, Ikhtiar Hidup/ Makanan Rimba, High Element dan Kembara Malam.
Seramai lebih 60 jurulatih dari seluruh Sabah telah terlibat dengan kursus ini. Diharap pengetahuan dan perkongsian ilmu yang dibuat akan dapat membantu dan memantapkan lagi pengurusan aktiviti di PusatKo Daerah masing-masing.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan fasilitator!
30 Julai 2011
15 Julai 2011
25 Jun 2011
Cerita setakat ni..
Perkhemahan Kepimpinan Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2011 berakhir hari ini. Tahniah kepada para peserta-peserta perkhemahan.
Minggu hadapan pula Perkhemahan Taman-Taman Laut Peringkat Kebangsaan Zon Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menyusul. Cuaca semakin panas.. Jangan lupa bawa sunblock dan minum banyak air ya..
Minggu hadapan pula Perkhemahan Taman-Taman Laut Peringkat Kebangsaan Zon Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menyusul. Cuaca semakin panas.. Jangan lupa bawa sunblock dan minum banyak air ya..
28 Mei 2011
Cuti time!
Pejam celik pejam celik...sedar atau tidak, sudah pun hampir sampai ke pertengahan tahun 2011. Ingat lagi azam yang dibuat awal tahun? Pabila penunjuk masa menunjukkan pukul 12.01 pagi, 1hb Jan 2011... ramai antara kita menanam azam untuk meneruskan perjuangan yang lebih gagah lagi untuk tahun ini. Tidak la semestinya tahun baru, azam baru kan? Anyway... amacam azam atau cita-cita atau senarai yang must-do untuk tahun ini? Sudah ada yang tercapai? Kalau sudah ada...tahniah. Kalau belum, esok sentiasa ada..untuk lebih beri tumpuan.
Cuti pertengahan tahun sudah tiba. Tak payah bangun subuh-subuh untuk bersedia ke sekolah (bagi yang sesi pagi) or tak perlu ke sekolah waktu petang.. Tapi dalam diri warga pendidik tak pernah jauh dari minda dan sanubari tentang rancangan-rancangan yang ingin dilaksanakan untuk anak-anak didik, walaupun masa cuti. Itulah kita..
Selamat bercuti untuk semua.. Untuk rakan-rakan yang merayakan Pesta Menuai... Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan! Selamat memandu, selamat sampai ke destinasi..

11 Mei 2011
Fanasnya...
Amat mencabar... untuk mengadakan dan mengikuti aktiviti luar darjah di kala cuaca panas membakar. Macam dalam ketuhar rasanya kadang-kadang kan? Tapi demi keperluan, kewajipan dan pastinya minat, kita redah juga.
Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Peringkat Negeri diadakan pada akhir bulan lepas. 147 peserta cilik dari seluruh negeri berhimpun di Kem Malangang untuk perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksana. Diharap para peserta mendapat pengalaman dan menggunakan pengetahuan yang dipelajari semasa perkhemahan untuk manfaat diri sendiri dan alam sekitar.

Pn. Dyah dengan aktiviti siput-siput

Apa agaknya difikirkan oleh Ketua Unit ya?

En. TJ sedang memberi taklimat..

Mahal lukisan ni..

Salah satu dari persembahan pada Malam Hijau

Tn. Salleh dengan persembahan istimewa.. bukan selalu ni..

Jurulatih pun turut serta membuat persembahan

Terima kasih daun keladi, kalau sudi datang lagi!
Gambar hasil tangan Tn. Pius Gilau (P.P Kem Mempikit, Keningau)

28 April 2011
Sekalung penghargaan kepada semua warga Pusatko Sabah khasnya dan Pusatko di seluruh Pusatko Malaysia amnya atas sumbangan tenaga, buah fikiran dan kerjasama menjayakan GALA Kokum 2011. Tidak dilupakan anda semua (peserta-peserta perkhemahan, para jemputan, NGO, Traversetours-Riverbug, sekolah-sekolah, penduduk kampung jauh dan dekat) yang telah hadir dan menyerikan dan menceriakan lagi festival kokum tahun ini.
Langgan:
Catatan (Atom)