19 Oktober 2010

Kursus Menyelamat Kelemasan (Bronze Medal)

Tahniah kepada 30 orang jurulatih pusatko Sabah yang telah menyertai kursus menyelamat kelemasan (pingat gangsa) yang telah diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dari 17hb hingga 18hb Oktober 2010. Kursus intensif ini telah dikendalikan oleh jurulatih/pemeriksa Penyelamat Kelemasan Malaysia, En. Johar Segari beserta beberapa lagi rakan jurulatih penyelamat keselamatan. Semoga bertambahnya anggota jurulatih yang berkelayakan pingat gangsa ini, aktiviti air untuk slot perkhemahan pusat kokurikulum akan lebih bermakna dan mantap anjurannya.
Gambar peserta-peserta kursus. Gambar hasil tangan Tn. Freddie A.J

06 Oktober 2010

Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Ko-Kurikulum Peringkat Negeri 2010

Pada 30hb September sehingga 5hb oktober, telah berlangsung Kursus Asas Kejurulatihan untuk Peringkat Negeri 2010. Seramai 46 guru dari kawasan pantai barat Sabah telah menghadiri kursus 6 hari 5 malam bertempat di Kem Malangang. Dengan kekuatan jurulatih seramai 24 orang, pelbagai slot aktiviti pendidikan luar telah dibuat sebagai pendedahan kepada para peserta. Aktiviti-aktiviti seperti Rekreasi Tali, Orienteering, Keyakinan Air, Permainan Rakyat dan Permainan Koperatif, dan slot wajib Kem Solo adalah antara aktiviti yang dijalankan.




Kem Malangang turut mendapat kunjungan yang julung-julung kali dibuat dari En. Mahamad Amran Kamsi, Ketua Timbalan Pengarah Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kunjungan beliau, walaupun hanya sekejap, cukup untuk menaikkan semangat semangat para jurulatih dan peserta yang hadir untuk malam Penutupan Kursus Kejurulatihan apatah lagi setelah mendengar ucapan penutupan beliau yang sangat bermakna.


Diharap para peserta telah mendapat pengetahuan dan pengalaman dan dapat menyahut cabaran untuk menjadi jurulatih pusatko. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para jurulatih yang bertugas.

07 Ogos 2010

Perkhemahan Karnival Pendidikan Luar 1 Malaysia SM Peringkat Negeri

Pada 3hb hingga 6hb bulan ini, seramai 189 pelajar dari seluruh Sabah telah berkampung dan berkhemah di Kem Malangang sempena perkhemahan Karnival Pendidikan Luar 1 Malaysia. Hujan yang turun pada malam kedua dan ketiga tidak sedikit pun melunturkan semangat pelajar yang menyertai perkhemahan ini.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti berbasikal, kerubung terbang, permainan rakyat, rentas halangan, pertandingan orienteering merentas desa, Mari Memasak dan Mari Menari. Pastinya banyak pengalaman telah dapat ditimba semasa mengikuti aktiviti ini.
Syabas dan tahniah juga kepada semua jurulatih yang telah datang. Tanpa anda semua, aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.












Semua gambar hasil tangan Tn. Chang Tack Houn

29 Julai 2010

Perkhemahan Motivasi UPSR 2010

Perkhemahan ini telah dijalankan dari 26hb hingga 29hb bulan ini. Tahniah kepada semua peserta Kem Motivasi UPSR tahun ini. Semoga dengan motivasi yang telah diberi, para peserta akan terus berusaha sepenuh hati untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Syabas turut diucapkan kepada semua jurulatih yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan kem ini.

06 Julai 2010

Perkhemahan Jati Diri Peringkat Negeri 2010

Aktiviti minggu ini bagi Kem Malangang ialah Perkhemahan Jati Diri yang biasanya merupakan aktiviti tahunan dalam kalendar Pusatko Sabah. Sejumlah pelajar yang terpilih mengikuti perkhemahan yang bermula semalam 5hb dan berakhir pada 8hb ini. Adalah diharapkan para pelajar yang terpilih ini akan dapat menemui jalan dalam merubah diri untuk kebaikan masa hadapan. Selamat bertugas turut diucapkan kepada para jurulatih yang datang untuk perkhemahan ini. Sumbangan anda amat dihargai.








Gambar hasil tangan Tn Freddy A.Jacob

28 Jun 2010

Kursus Pembinaan Litar Basikal

Seramai 26 orang jurulatih telah berkampung di Kem Malangang dari 25hb hingga 28hb untuk mengikuti aktiviti ini. Semoga hasil usaha para jurulatih dapat dimanfaatkan untuk kebaikan aktiviti luar untuk perkhemahan-perkhemahan akan datang. Syabas!




18 Jun 2010

Perkhemahan Pengakap Zon Pantai Barat Selatan

Seramai 180 orang ahli pengakap dari Zon Pantai Barat Selatan, termasuk jemputan penyertaan dari zon Lahad Datu telah berkampung di Kem Malangang dari 14 hingga 16 Jun untuk perkhemahan ini. Banyak aktiviti telah disediakan untuk para peserta bertuah yang hadir mengikuti perkhemahan ini. Di antaranya ialah beberapa aktiviti wajib seperti Orienteering dan membuat Gejet. Beberapa lagi aktiviti lain adalah seperti Radio Amatur, Keyakinan di Air, Kerubung Terbang, Permainan Rakyat, Ikhtiar Hidup dan Rentas Halangan. Tahniah kepada ahli-ahli pengakap atas penganjuran perkhemahan ini.